Want your
own Fotopage?








 
Eridzhuan's FotoPage
Swansea
By: Eridzhuan Zhaieno

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Friday, 1-May-2009 01:36 Email | Share | | Bookmark
Satu Wajah Seribu Makna

Selamat hari buruh semua.

Gambar nie adalah wajah-wajah aku dari tahun 2005 sehinggalah tahun 2008. Gambar-gambar ini kebanyakkannya diambil sewaktu aku kuliah di Universiti of Indonesia, Jakarta, waktu bekerja di UTHM, Batu Pahat dan sepanjang tinggal di Swansea.


ok lah tuuuuu hensem pe Fri 29-May-2009 00:33
Posted by:putrimlm  - [Link]
Add comment


Thursday, 30-Apr-2009 01:11 Email | Share | | Bookmark
3 Cliffs & Easter

Cuti easter hari itu aku cuma keluar hari sabtu ke Three Cliffs, buat bbq mollusks and salmon dengan James. Ikan pari bakar, salmon and mussel cecah air asam.....tak tahu nak luahkan macam mana sedapnya. Sambil makan, fikiran jauh melayang.


Care to comment?


Thursday, 23-Apr-2009 16:25 Email | Share | | Bookmark
Tokapi Palace & Sayu Cerita Khalifah Terakhir

Hari ke tiga di Istanbl, 1/4/2009
Tempat yang dilawati:
1. Menghabiskan masa separuh hari di Tokapi Palace
2. Shopping di Bagdad Chedesi
3. Beli ole-ole di Spicy Bazaar
4. Menikmati makan malam terakhir di Ulek-ulek

Tatkala kaki melangkah masuk ke Tokapi Palace yang dihiasai dengan tulip mekar, hati menjadi sayu mengingati kisah perjalanan terakhir seorang khalifah, Sultan Abdul Hamid II yang diusir ke Salonika dan kemudiannya hidup dalam pengasingan di Istana Tua Belarbe, Istanbul. Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan sedih dan kecewanya baginda semasa menghadapi saat-saat genting diturunkan dari takhtanya secara hina. Saya teringat sebuah puisi dari memoir baginda yang ditulis oleh puterinya, Aisha. "Tuhanku, aku tahu kaulah Al-Aziz, dan tiada yang selainMu yang Kaulah satu-satunya, dan tiada yang lain. Ya Tuhanku, pimpinlah tanganku dalam kesusahan ini. Ya Tuhanku, bantulah aku".

Walaubagaimanapun, istana ini hampir terbiar setelah Sultan Abdul Majid berpindah ke Istana Dolmabahce. Pada tahun 1924 ianya dijadikan meseum. Di istana ini jugalah tersimpannya beberapa khazah berharga antara singgahsana, barang perhiasan, batu permata, mahkota diraja dan pedang-pedang para khalifah ar-rasyidin serta para sahabat juga pedang rasmi pemerintah Empayar Ottoman. Seolah-olah tidak percaya apabila dapat menatap sendiri pedang Saidina Ali Karamullah Wajha yang beratnya hanya boleh dipikul oleh empat lelaki dewasa.


Ketika merenung laut Marmara yang membiru, hati saya merasa damai sekali. Nun di sana kelihatan Dolmabance Palace, salah sebuah istana lama Sultan Abdul Hamid yang juga menjadi tempat terakhir Kamal Artartuk bernafas. Dibahagian lainnya terbentang luas Golden Horn dimana di kawasan yang dipanggil Eyup, bersemadinya sahabat nabi, Ayub Al-Ansari yang terbunuh semasa membawa panji-panji menentang Constantinople. Menurut sejarah, Eyup Sultan Camii merupakan masjid pertama yang dibina setelah Mehmet the Conqueror menawan Constantinople dan menukar namanya menjadi Islambul.

Fuyooooo jauh dah ko berjalan2 yer.....bestnya..... Wed 24-Jun-2009 15:30
Posted by:Azraie
Add comment


Thursday, 16-Apr-2009 21:16 Email | Share | | Bookmark
Istanbul Haghia Sophia Dlm Pandangan

Hari kedua di Istanbul, 31/3/2009.
Tempat yang dilawati:
1. Gulhane Park
2. Haghia Sophia
3. Grand Bazaar
4. Solat di Ibrahim Pasa Mosg
5. University of Istanbul
6. Suleyman Mosg
7. Menikmati pemandangan malam di Blue Mosg



Care to comment?


Monday, 13-Apr-2009 17:26 Email | Share | | Bookmark
Dari Swansea ke Istanbul

Hari pertama di Istanbul 31/3/2009, departure from Gatwick London 7.45 pagi.
Arrives Istanbul Sabiha Gotchen 12.45 petang.
Tempat yang dilawati:
1. Yeni Mosg (Dibina pada tahun1957 namun siap sepenuhnya pada tahun 1663 menjadikan ia masjid termuda yang bercirikan klasik.
2. Spicy Bazaar atau dikenali juga sebagai Egyptian Market.
3. Rustem Pasa Mosq.
4. Galata Koprusu Bridge.
5. Makan ulek-ulek sambil menikmati pemandangan malam Tebing Halic dan The Golden Horn.



P/s: Baru hari nie sempat upload gambar-gambar ke Istanbul walhal dah sebulan ke sana. Itupun sekadar collages jer sebab malas nak upload satu-satu. Mujurlah hari nie cuti easter .

Care to comment?


Friday, 10-Apr-2009 13:12 Email | Share | | Bookmark
Wasabi Again for Ustaz

This one gambar lama yang baru aku teringat nak post. Gambar masa pergi Wasabi dengan Kak Dayang, Nana, Azan and Ustaz (I forgot his real name.....hehehe). Masa nie lebih kurang seminggu Azan sampai ke Swansea. Ustaz from Bristol datang ke Swansea menziarahi Azan. Masa nie juga aku pindah ke rumah baru di Mirador. Lepas sesi angkut mengangkut baru, aku pun ajak dia orang makan di Wasabi jer sebab dah letih nak memasak. Sian juga kat Ustaz coz kena turut serta membantu.


All pics taken by FE300

Care to comment?


Wednesday, 8-Apr-2009 22:06 Email | Share | | Bookmark
Clun-Gwyn, Fall of The Snow

Dua minggu lepas, 21 Mac 2009, aku berpeluang menghabiskan masa menjelajah Clun-Gwyn di National Park Brecon Beacons, sekitar 30 minit dari Bandar Swansea.

Kat Clun-Gwyn ada empat waterfall yang sangat-sangat mengagumkan iaitu Swyd Clun-Gwydr, Sgwd Isaf, Sgwd y Pannwr, Swyd yr Eira. Mungkin ramai yang nak tahu apa nyer Swyd Clun-Gwyn tu kan, dalam bahasa inggeris ianya bermaksud 'fall of the white meadow'.











Care to comment?


Thursday, 19-Mar-2009 23:26 Email | Share | | Bookmark
Int Saudi Day

Sekadar nak post gambar aku bergaya sebagai sheikh di hari tersebut. Cuma ada beberapa keping gambar jer yang diambil sebab aku sedar yang camera E300 Olympus aku tu baterinya kong. Sedihnya siot tak dapat nak bergaya ala-ala red carpet. Mujurlah Bro Raad ada bersama si nikonnya. Semua gambar melainkan gambar yang pertama adalah dari ihsan beliau. Credit for Bro Raad Al Turki (2nd pic with black surplice) for the best shoot during International Saudi-Swansea Day.






Mcm tu lah, nak ambik guna phone pulak tertinggal kat office, mujur lah sempat snap gambar nie Sat 21-Mar-2009 07:00
Posted by:Eridz  - [Link]
RE:NAPE TAK NAMPAK CAM RAYA SBB ADER KETUPAT BAWANG KAN..TU ARR NAMA TEAM NIE..TEAM KETUPAT BAWANG..

Sat 21-Mar-2009 11:15
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
sebaik dapat satu gambar kalau tak melalak lah yg empunya gambar tu :thanks 4 dropping my fp Tue 31-Mar-2009 07:36
Posted by:putrimlm  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 10-Mar-2009 21:24 Email | Share | | Bookmark
Swansea Malaysian Night09: Wajah Disebalik Tabir

 
 
 
View all 33 photos...






CERIA JER KORANG..

PETUA BERSAMA ZAI 18MAC

Asma/semput
-Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.
-Daun ekor kucing dan sedikit kapur makan diramas sehingga keluar air dan digosokkan pada belakang dan dada pesakit asma

SALAM PETUA DARI
~ZAI KULIM~
Wed 18-Mar-2009 06:04
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Thursday, 5-Mar-2009 03:28 Email | Share | | Bookmark
Krokus.....Flower At The End of Winter

Krokus atau dirujuk juga sebagai tulip renek cuma tumbuh dalam masa dua minggu di hujung winter. Krokus nie mempunyai beberapa warna antaranya putih, unggu and kuning. Bunga krokus kembang mekar bergantung kepada cahaya dan suhu, ia peka seperti termometer dimana akan berkembang sekiranya suhu naik dan sebaliknya.

Selepas krokus layu, bunga-bunga deffodil (bunga kebangsaan Wales) akan mula mekar dan seterusnya tulip pulak akan berkembang. Unik kan aturan Allah s.w.t.

Krokus nie ada cerita mistiknya sendiri dimana dikatakan pada zaman dahulu seorang dewa terlalu cemburu kerana kekasihnya mencintai Smilax, lalu bertukar menjadi The Crocus Saffron.







Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.