Want your
own Fotopage?








 
Eridzhuan's FotoPage
Swansea
By: Eridzhuan Zhaieno

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Sunday, 1-Mar-2009 14:25 Email | Share | | Bookmark
Swansea Malaysian Night09: Here In My Home

 
 
 
View all 51 photos...
Inilah scene yang dapat dilihat pada malam tersebut. Adagen kisah cinta antara Kassin (Anas Tahir) dan Shalini (Vanilla), persembahan "Belaian Jiwa" dari Anas Tahir disamping petikan gitar Neumann dan Ronaldo, Indian dance, Dikir Barat, Ulek Mayang, fesyen show dan akhirnya tirai pentas Taliesein ditutup dengan dendangan lagu "Here In My Home".










Note: Bila aku edit gambar guna picasa.....emmm, terus x jadi cantik. Credit to Irfan yang jadi photographer malam itu.

Care to comment?


Friday, 27-Feb-2009 00:29 Email | Share | | Bookmark
Swansea Malaysian Night09: Rehearsal

 
 
 
View all 39 photos...
Rehearsal terakhir indian dance petang jumaat tu. Ada lah beberapa step terakhir yang baru muncul at that time. Buat risau jer sebab tak ada full rehearsal yang paralel between show and technical. Kalau timing lari.....buat tak tahu lah yek.

By the way, this Malaysian Night adalah yang pertama dan terakhir buat aku. Banyak masa terbuang kat sini. Next year, I will be prefer sit as audience.







salam zaino. memang syok jadi audience. but u guys did well, we enjoyed watching it. nanti ku minta ah gambar2 malaysian nights atu. Thu 5-Mar-2009 22:59
Posted by:ummi patchi_110@hotmail.com
Add comment


Wednesday, 25-Feb-2009 23:44 Email | Share | | Bookmark
Islamic Awareness Week

 
 
 
View all 9 photos...
Alhamdulillah, walaupun minggu ini sibuk dengan pelbagai aktiviti terutamanya practise untuk Malaysian Night 2009, aku sempat lagi meluangkan masa menghadiri talk sempena Islamic Awareness Week yang diadakan di Grove Lecture Thearte. Di samping tu, ada juga Discover Islam Exhibition. Sayangnya tak berkesempatan untuk tengok-tengok area tersebut.






Care to comment?


Wednesday, 4-Feb-2009 15:20 Email | Share | | Bookmark
Abertawe In White

 
 
 
View all 77 photos...
Emmm.....2 sampai 4 Februari, boleh kata seluruh UK dilanda snow yang terburuk selepas hampir dua dekad. Kira memang rezeki kita orang lah kat sini time nie. 2 Februari, just light snow turun tapi malam tu dah start heavy. Petang tu after siapkan semua kerja-kerja kat office, pergi ke town beli fan heater. As preparation kalau-kalau suhu semakin sejuk.

Then, 3 Februari awal-awal pagi, snow turun dengan sangat lebatnya. Hahaha.....aku dengan housemates yang lain apa lagi, keluar rumah, serbu tempat-tempat yang best tu main snow. Mula-mula Britonish nie tengok-tengok jer Malaysians main snow kat luar, macam jakun kan but then dia orang join pulak. Luckly, seluruh Swansea diistiharkan cuti.


After subuh, 3 Februari kat Moridor Crescent




Tak sabar-sabar, keluar main snow dengan seluar tido jer


See what happen to Moridor Street....


Basikal


Still snowing


Belakang rumah dari tingkap bilik aku


Swansea Bay.....everything in white

MESTI SEJUK GILER KAN..LAWAK PLAK TGK BASIKAL TUU Fri 13-Feb-2009 16:59
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
What an experience! Sun 15-Feb-2009 11:54
Posted by:Zara~AB  - [Link]
ko nie balas dendam meng'update' FP. hehehhe nk curik gambar ek.. Mon 16-Feb-2009 10:09
Posted by:k.yan
Add comment


Tuesday, 27-Jan-2009 21:15 Email | Share | | Bookmark
Chinese New Year & Welcome Back Nuni

 
 
 
View all 10 photos...
Hari ini aku, Andy dan Nuni mengambil peluang untuk makan malam bersama di Wasabi setelah beberapa bulan kami tidak berjumpa. September 2008, Nuni balik ke Malaysia setelah menamatkan pengajiannya di Swansea University dan amatlah memeranjatkan apabila dia kembali ke Swansea hari ini. Terpacak beberapa jam di Quadrant sebelum membuat panggilan minta dijemput. Andy pulak masih sibuk dengan kerja-kerja restaurant take-away disamping menyiapkan thesisnya yang perlu dihantar sebelum Mac tahun ini. Sempena menyambut Chinese New Year dan meraikan kedatangan semula Nuni, kami memutuskan untuk makan malam bersama yang tentunya menjadi satu detik berharga dalam sejarah persahabatan kami. Sebenarnya, makan malam ini sepatutnya turut dihadiri oleh seorang sahabat lain, Ravi. Tapi entah kenapa sejak jam 6.30 petang, kelibat Ravi belum juga kelihatan. Akhirnya, makanan yang sebegitu banyak ini perlu dihabiskan bertiga.....keterlaluan kenyangnya. Makan malam di Japanese bar ini berlarutan beberapa jam kerana begitu banyak hal yang diperbualkan. Tentunya kisah-kisah suka gembira di Malaysia turut diperkataan. Begitulah kalau lama sudah tidak bersua muka.


Andy and Nuni


Andy and me


Sepcial dinner....Ebi King Prown Curry Rice




Dah nak habis dinner, jumpa John pula

Care to comment?


Friday, 2-Jan-2009 20:00 Email | Share | | Bookmark
Yang Baru-Baru Sahaja

 
 
 
View all 30 photos...
Well.....tahun baru dah pun menjelma dengan azam dan semangat baru. Bukan itu jer, sekarang nie aku dah duduk rumah baru. Bukan lagi di Gwydr Crescent tapi Moridor Crescent. Tapi aku still duduk kat bulan lah.....hehehe tak lah, masih kat area Uplands. Kenapa aku pindah? sebabnya aku dah tak tahan hidup dengan yang bukan Muslim. Sebenarnya tak ada masalahpun duduk dengan non-muslims especially Britonish sebab dia memang respect dan faham apa yang boleh dan tak boleh kita buat. Yang bermasalah nyer adalah kaum pendatang nie. Dah lah datang penumpang jer kat negara orang, then tak pandai nak respect each other. Macam mereka jer bagus. So, sekarang nie aku duduk dengan semua Malaysians. Senang sikit....tapi still ada small problem. Maklumlah, banyak kepala banyaklah paelnyer.


Inilah tempat aku beradu, katil jer baru, duvet semuanya tu still yang lama.


I love all these pics


Pokok renek kesayangan


My simple living room

Kalau dah pindah rumah baru, sure kena buat house warming kenduri jugakan. So, dengan ala kadar, menu sesimple mungkin.....alhamdulillah warga Swansea sudi juga bertandang ke tempat baru aku nie


Juadah simple, nasib baik licin semua


See the differences of two guys.....sorang cam model sorang lagi cool giler

Btw, last week aku dapat laptop baru. Hahaha.....hadiah xmas daripada my supervisor. Surprised, sebab laptop idaman pulak tu, Sony Viao. Wahhh.....bersemangat aku nak buat kerja sekarang nie. Desktop kat office tu langsunglah dah tak bersentuh. Sebenarnya laptop nie beli under grant, siap ada steaker nama aku kat laptop tu.


My new laptop.....bersemangat for new world

Care to comment?


Wednesday, 31-Dec-2008 23:53 Email | Share | | Bookmark
Time For New Year 2009

 
 
 
View all 27 photos...
Salam maal hijrah and upcoming 2009. Tahun 2008 telah melabuhkan tirainya, begitu juga tahun 1429 hijrah. Masa bersilih ganti dan aku masih di Swansea melalui hari-hari seperti selalu. Sayu meninggalkan 2008, tahun yang banyak meninggalkan kenangan manis dalam hidup ini. Terasa begitu cepat masa berlalu, begitulah jika dilalui tanpa aral dan petaka melanda, ada pula kejadian manis untuk dikenang dan belum puas menikmatinya, ia pergi meninggalkan kita. Semua yang kita impikan, semua yang kita citakan, datang dan pergi semudah kemahuan Tuhan. Daripada keluarga yang bahagia, teman yang mesra, persekitaran yang harmoni, jiwa yang tenang, 1001 kehendak materialistik manusia yang tertunai, namun tak kurang yang tersadai ditengah jalan. Dalam manis tentu ada pahit. Tipu jika dikatakan tiada, tapi apalah maknanya mengenang yang pahit sedangkan kemanisan yang dikecapi lebih bermakna daripada segalanya.

Tidak mahu pesimis terhadap kemungkinan hidup, 2009 membuka lembaran baru dengan usia yang lebih matang. Bermakna 26 tahun meminjam udara untuk bernafas, 26 tahun tanggungjawab papa dan mama tergalas berat, 26 tahun juga menyelusuri hidup yang penuh onak berduri. Apa ada pada angka? Some people say 'the number is nothing'. Betul.....kerana berapa pun usia kita, hidup mesti diteruskan. Kerja masih berlambak perlu diselesaikan. Tapi kita mesti positif dengan hidup dan harus bersedia menjadi matang untuk mengalas tanggungjawap baru. Jika boleh apa kenikmatan yang diperolehi sepanjang tahun lepas akan terus dinikmati. Dengan harapan tahun 2009 ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik. Doakan semoga semuanya dapat berjalan dengan baik. Begitupun, ketentuan dan perancangan Tuhan itu lebih sempurna dan elok buat diri ini. Dan doaku.....biarlah kehidupan ini terus disinari dengan cahaya Illahi, dimudahkan segalanya dan berbahagia selalu! Mengorak langkah dengan lebih yakin dan bersemangat. Welcome 2009!!!














Care to comment?


Monday, 15-Dec-2008 01:59 Email | Share | | Bookmark
Last Memory.....Iphone

Masa balik Malaysia, tak banyak masa dihabiskan dengan family. Memang banyak urusan yang kena diselesaikan. Adalah sempat pergi bercuti bersama. But I am regret coz tak sempat jumpa kekawan tapi alhamdulillah still sempat jumpa Chuan Yip (my best friend when we was study degree) Saizal, Shiron (first time jumpa dia nie), geng06: Kak Fiza, Kak Nida and Kak Syarfa (terpaksalah panggil akak coz dah jadi bini orang kan), and the best one dapat lepak dengan Shahrul, his wife and his adorable son. Banyak gambar disimpan as personal collection.

P/s:Sorry gambar tak cantik taken by Iphone


Spent time wif Saizal playing bowling and wif Chuan Yip at KLCC lunch together


I am back to Batu Pahat, precisely UTHM tuk belanja akak-akak nie lunch

Fiza da kawen ke... Mon 30-Mar-2009 06:52
Posted by:syaz
Add comment


Saturday, 1-Nov-2008 01:33 Email | Share | | Bookmark
I am Back to Malaysia

 
 
 
View all 37 photos...
Salam semua, alhamdulillah.....aku selamat sampai ke Malaysia semalam 30 Oktober 2008 tepat jam 10.00 malam. Pak Uda dan Mak Uda sudah sedia menunggu di KLIA. Bertolak dari Swansea ke London hari rabu lebih kurang pukul 12.25 tengahari dan berlepas dari Heatrow pukul 8.00 malam dengan flight Emirates. Transit di Dubai selama 4 jam dan seterusnya berlepas dari sana tepat pukul 10.20 pagi. Alhamdulillah, perjalanan kali ini begitu selesa cuma di Dubai airport, kaki ku hampir patah mencari Gates 109 untuk berlepas ke Malaysia.....jauhnya ke berjalan. First time di Dubai, airport dia memang superbly tiada tandingan. Kedai free duty memang banyak and open till 24 hours. Tu yang best shopping dalam airport dia.


My winter imej taken by iphone


See, how great Dubai airport


Care to comment?


Friday, 17-Oct-2008 18:38 Email | Share | | Bookmark
Doa Kesyukuran

Chef......
Mengoreng ayam
Kak Diah, tuan rumah
View all 28 photos...
Majlis doa kesyukuran sempena kejayaan Kak Diah, Aizuddin dan Azraie menamatkan pengajian peringkat master mereka telah diadakan pada hari sabtu lepas di rumah Kak Diah. Meriahnya bukan kemain sampaikan warga Lampater dan Tenby pun juga turut meraikan. Menu hari tu, nasi ayam, laksa, rojak buah dengan kuih seri muka. Huhhh.....licin semuanya. Jangan tak tahu, ayam tu aku yang mengorengnya. Pagi-pagi lagi dah bertandang rumah Kak Diah, membantu apa yang patut.


Kak Diah, she will move to London for her phd.....good luck


Delicious.....terutamanya rojak buah tu......aduhhh buat air liur meleleh jer


Kak Diah and Kak Zu, me, James and Eja.....still in raya mood


Nany that day

Care to comment?


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.