Want your
own Fotopage?








 
Eridzhuan's FotoPage
Swansea
By: Eridzhuan Zhaieno

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Saturday, 11-Oct-2008 10:49 Email | Share | | Bookmark
Sambutan Raya Swansea + Lampeter + Tenby

 
 
 
View all 27 photos...
Seperti kelaziman, majlis sambutan aidilfitri swansea dan lampeter telah di adakan di Mosg University pada hari ahad lepas. Minggu sebelumnya, warga swansea berkunjung ke Lampeter sebagai tradisi sambutan raya. Tahun ini, sambutan raya bertambah meriah dengan kehadiran warga Tenby. Semoga ikatan ukhwah ini akan tetap terjalin kukuh.


Warga Swansea, Lampeter dan Tenby


Sunana & aku...segaya


Member dari Tenby

Care to comment?


Tuesday, 30-Sep-2008 15:43 Email | Share | | Bookmark
Lebaran Tahun Ini

Aku ngan Mas Rahmat
Apalah lagaknya Anas tu
Kak Diah
View all 27 photos...
Gema takbir berkumandang di pagi Syawal bersamaan 30 Spetember 2008 di Swansea. Seperti dalam jangkaan, kami di sini menyambut hari raya pada hari selasa, kerana tiap-tiap tahun pun puasa kat sini cuma 29 hari sahaja. A wal-awal pagi dah ke masjid university untuk solat raya dan kemudian membuat discussion bersama supervisor aku. Pukul 10.30 pagi, bertandang ke rumah Kak Izian untuk menyambut raya bersama-sama warga Melayu Swansea yang lain. Akhirnya, dapat jugalah merasa rendang dan sebagainya.


Bergambar dengan si gadis, Zarina dan Sunana

Dengan Kak Diah

Beraya dengan Amir Hakim

Care to comment?


Monday, 29-Sep-2008 20:04 Email | Share | | Bookmark
Nuni Back For Good

 
 
 
View all 12 photos...
Ramadhan ke 29, my friend yang merangkap housemate selama setahun akhirnya kembali ke Malaysia for good. Alhamdulillah, she finish her study in chemical engineering. So, selamat kembali ke pangkuan keluarga dan selamat bertugas di UMP sebagai pensyarah. Good luck for your career there.......

Care to comment?


Sunday, 14-Sep-2008 16:44 Email | Share | | Bookmark
Kemaafan Dari Jauh

 
 
 
View all 15 photos...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin


Buat ayah dan bonda, adik-adik, sanak saudara dan sahabat handai. Lebaran yang menjelma ini begitu merundum perasaan, mengingatkan kampung halaman yang lama ditinggalkan. Pada ayah dan bonda, semoga kesyahduan takbir raya menjadi pengubat kasih antara kita. Pada kekasih hati yang lama tidak bersua, semoga aidilfitri ini tetap tabah diharungi dengan penantian demi penantian. Pada adik-adik, semoga kemeriahan pagi raya dengan kuih-muih dan baju baru tidak akan melupakan abang mu ini yang berada diperantauan. Pada sanak saudara dan teman taulan, semoga hari raya menjadi wadah menjalin ikatan ukhwah dan persaudaraan. Semoga kita semua dipertemukan di hari lebaran mendatang, insya'allah.

Sempena eid-mubarak ini, mohon maaf dipinta atas apa jua salah dan silap, terkasar bahasa, terkhilaf perbuatan dan tersalah pandangan. Walaupun tiada kuih raya mahupun ketupat dan rendang di sini, namun lebaran ini tetap menjadi saat yang dinantikan. Salam aidilfitri penuh takzim, maaf zahir dan batin dari Swansea, Wales, United Kingdom.

P/s: Selamat pulang ke tanah air kepada Jamal dan isteri, Fazila, Farina dan Hanuni. Juga selamat berhari raya di kampung halaman buat Nuranida dan suami (London), Kak Fizah (Leeds), Hairul Jabar (Liverpool), Wani (Newcastle), Hani dan Izwan (Birmingham). Semoga kita semua dapat bersua kembali suatu hari ini. Salam Aidilfitri dan selamat maju jaya.

Care to comment?


Monday, 25-Aug-2008 15:46 Email | Share | | Bookmark
De Disneyland

 
 
 
View all 86 photos...
Hari terakhir di Paris.....apa lagi kalau bukan ke Disneyland. Hehehe.....cam bebudak lah pulak rasanya. Hari tu masing-masing bangun lewat dek keletihan. Alamatnya pukul 12.00 tengahari barulah menjejakkan kaki ke Disneyland. Tak sempat nak main semua benda kat sana tapi yang bestnya dapat merasai pengalaman real theater di Walt Disney Studio. Huhhh.....benar-benar pengalaman.

Inilah Disneyland......

Hahaha......kartun-kartun nie macam pernah ku lihat

Dengan muka keletihan + kelaparan

Di Walt Studio.....tempat animasi dan kartun

tu lah lain kali gie jalan2 bawak kami.. mesti korang tak lapar Wed 22-Oct-2008 13:03
Posted by:yan  - [Link]
Add comment


Sunday, 24-Aug-2008 18:22 Email | Share | | Bookmark
2nd Day: Mencari Hidayah di Kota Paris

Papan tanda masjid
Di kawasan sekitar masjid
Pusing-pusing akhirnya jumpa juga
View all 93 photos...
Selepas berpisah dengan Angga di Chatelet, kita orang meneruskan misi hari ini iaitu menjejaki Mosquee de Paris. Masjid ini memang tidak ada langsung dalam list untuk diziarahi tetapi alhamdulillah selepas berborak dengan Angga tentang Islam di bumi France, entah bagaimana tergerak hati untuk bertanya tentang masjid di Kota Paris ini. Masya'allah.....rupanya di Kota Paris ini juga, syiar Islam tetap kukuh berdiri. Kalau hendak ke masjid ini, berhentilah di Jussieu dan tawaf sekitar kawasan Ve arrondisement, insya'allah masjid ini akan dijumpai tersergam indah dihadapan kawasan Jardin des Plantes dan Museum National d'Histoire Naturalle.

Masjid yang dibina pada tahun selepas perang dunia pertama dalam tahun 1869 ini bercirikan senibina Mudejer style yang berasal daripada kesenian Muslim Moors di Andulisia. Masjid yang banyak dipengaruhi oleh senibina dinasti Alawiyah-Fatimiyyah ini memiliki tiga kawasan utama itu ruang solat, laman dan taman. Rasanya 3 jam diperlukan untuk meneliti setiap inci bangunan masjid ini. Di dalam masjid ini juga terletaknya Institut Musulman. Jika ingin melihat taman-taman di dalam masjid ini, makesure datang semasa waktu melawat 9.00 pagi-12.00 tengahari dan 2.00 petang-6 petang. Kita orang hari tu memang tidak berkesempatan.


Bangunan dan pintu utama masjid.


Kawasan taman yang terletak di dalam masjid.....dapat tengok dari jauh jer.


Senibina dalaman masjid serta kubah yang diperbuat daripada kayu.


Senibina dikawasan laman masjid yang bercirikan senibina Mudejer.

selamat berpuasa Wed 3-Sep-2008 04:37
Posted by:sofimohd  - [Link]
Salam. subhanallah cantik sungguh gambar masjid ni.halamnnya seperti dalam tmn. sory to ask. what is Mudejer designs and who is the Muslims moors. Wed 10-Sep-2008 23:50
Posted by:norul huda ooda83@yahoo.com
nice one. attracted with the design and finishes! mmg cantik! Sun 14-Sep-2008 06:04
Posted by:Zara~AB zara_7696@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 23-Aug-2008 13:43 Email | Share | | Bookmark
2nd Day: Pertemuan Dengan Sahabat Lama, Angga Hafiz

Di St Francois Xavier
Belakang tu...Golden Dome
Hasil kerja seni Rodin
View all 93 photos...
Hari kedua di Paris membawa kita orang menjelajah kesemua tempat-tempat menarik di Kota Paris antaranya Musee Rodin, Musee de l'Armee atau Hotel des Invalides, Grand Palais Gal. Nat dan kemudian ke Musee du Louvre bertemu dengan Angga Hafiz, sahabat lama yang kini kuliah S2 di Ecole Nationale des Travaux Publics de l'etat, Lyon. Dari sana, kita orang dibawa ke Palais de Justice Sainte Chapella, Notre-Dame, makan KFC di Rue Berger, shopping dan destinasi terakhir sekali adalah Arc de Triomphe di Champs Elysee. Dengan ada jer sahabat aku nie aka tourist guide, jalan-jalan di Kota Paris menjadi lebih bermakna. Hehehe....thank you Angga.

Pagi-pagi dengan cuaca ceria di Kota Paris membawa kaki melangkah ke Musee Rodin iaitu tempat dimana Rodin, seorang pengukir menghasilkan kerja-kerja seni beliau yang kebanyakkannya berupa patung-patung. Antara karya hebat beliau adalah Hell Gate. Inilah satu-satunya tempat yang kita orang masuk secara berbayar, cuma 1 Euro sahaja dah puas berjalan sekeliling taman di Musee Rodin. Dari tempat ini boleh kelihatan Golden Dome dengan jelasnya. Kemudiannya, kita orang ke Musee de l'Armee dimana terletak juga Hotel des Invalides. Jangan salah anggap nyer, hotel dalam bahasa France boleh dimaksudkan sebagai hall. Disinilah ditempatkan the France canons dan juga the tomb of Napoleon I.

Sekitar Musee Rodin dan Musee de l'Armee

Dari Musee de l'Armee, kita orang menapak ke Grand Palais Gal. Not yang juga merangkumi kawasan Palais de la Decouverte dan Petit Palais. Yang paling menarik perhatian aku adalah binaan disekitar jambatan Alexandre III. Banyak patung-patung termasuklah patung emas yang terdiri daripada 4 binaan. Lokasi seterusnya adalah tempat yang selalu menjadi kunjungan ramai iaitu Musee du Louvre dimana terletaknya La Pyramide. Kita orang sekadar jalan-jalan di kawasan luar Musee de Louvre sambil-sambil mencari sahabat lama aku....Angga Hafiz yang dah berjanji untuk bertemu di piramid terbalik. Dan akhirnya setelah 3 tahun tak berjumpa, Kota Paris menemukan dua sahabat baik Malaysia-Indonesia. Waduhhh.....nie boleh dijadikan kisah cerita persahabatan "Dari Jakarta ke Paris".....mana-mana novelist yang berminat bolehlah interview aku dengan Angga nanti....hehehe.

Gambar-gambar di Grand Palais Gal. Nat dan Musee du Louvre

Inilah sahabat aku, Angga Hafiz yang aku kenal masa kuliah di University of Indonesia. 3 tahun yang lalu, Angga adalah orang yang membawa aku berjalan-jalan di Kota Jakarta dan setelah 3 tahun, Angga jugalah orang yang membawa aku berjalan-jalan di Kota Paris. This is our second city friendship. Bestlah dapat jalan-jalan dengan orang yang faham selok-belok Paris dan boleh bertutur bahasa France dengan baik. Lepas tu dapat dengar sejarah dan kisah-kisah menarik sesuatu tempat. Kita orang telah dibawa melawat Sainte-Chapelle, Cathedrale Notre-Dame de Paris dan kerana Angga jugalah, akhirnya dapat merasa KFC di Paris. Huhhh.....best siot dapat merasa KFC. First point atau coordinate Paris terletak Notre-Dame dan diceritakan secara mitos, sesiapa yang menginjak point ini akan kembali semula ke Kota Paris. Hahaha.....walaupun benda nie karut jer.....but this is our promise to gather again in Paris.....insya'allah. Seterusnya kita orang ke Arc de Triomphe atau disebut sebagai gerbang kejayaan yang mengabadikan nama-nama pahlawan yang tidak dikenali. Disinilah Paris digambarkan sebagai seorang virgin warrior yang membawa kepada kemenangan. Akhirnya dari George V Metro, aku dan Angga berpisah di Chatelet. Kita orang meneruskan penjelajahan ke Mosquee de Paris manakala Angga ke Gare de Lyon untuk pulang ke Lyon. Angga....terima kasih kerna bawa aku dan teman-teman jalan-jalan di Kota Paris. Mudahan kita biasa bertemu lagi sama ada di Kota Jakarta atau Kuala Lumpur......muahhh.

Gambar kenangan persahabatan di Kota Paris, Eridzhuan, Angga Hafiz, Farhan dan Aizuddin.


Pemandangan di tebing La Seine.....ahhh.....Swansea lagi best sebab ada real pantai.


Our last station with Angga.....Chatelet. Mudahan kita bisa bertemu lagi nanti.


Arc de Triomphe waktu siang dan malam. Kita orang menghabiskan waktu di sini sambil makan malam dan menyaksikan Arc de Triomphe yang bermandikan cahaya tatkala malam menjelma.

olympus user? hehehe. nice collage u haf there! Sun 24-Aug-2008 13:23
Posted by:Zara~AB zara_7696@yahoo.com  - [Link]
bertuahnya dapat jejak ke sana..hope one day aku akan sampai ke sana Sun 24-Aug-2008 19:28
Posted by:sofimohd  - [Link]
salam,
lama x menjenguk FP ini..wah dah sampai ke Paris dah...kami belum lagi sampai..insyaallah sring atau summer thn depan plannya nak ke sana jugak.
re: zainor, untuk pengetahuan Leeds ni berdekatan dgn kawasan countryside... namanya yorkshire dales. mmg cantik2 kawasan di sini. rajin2 meh ler sini..boleh pegi picnic area sini. ada yg dekat dlm lingkungan 40 min - 1 jam dr Leeds ni. sesuai untuk mencari ketenangan ...akak mmg suka pg countryside.. melawat castle pun suka jugak..
Wed 27-Aug-2008 18:58
Posted by:fidah rafidah_hamdan@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Friday, 22-Aug-2008 22:51 Email | Share | | Bookmark
1st Day: From Swansea To Paris

St. Pancras Int
 
Siapa yang tido ini???
View all 87 photos...
Percutian ke Paris memang tidak dirancang sepenuhnya. Beberapa hari sebelum memulakan percutian, masa itulah nak book tiket train, hotel dan Disneyland. Memang tak ada persediaan langsung. Aku, Farhan dan Aizuddin bertolak dari Swansea malam jumaat kira-kira pukul 8.20 malam ke London St. Pancras. Sampai London lebih kurang pukul 12.00 malam. Kat St. Pancras Int Station lah tempat kita orang merempat. Nak tido kat sana memang cukup susah sebab cuaca sejuk disamping tiada tempat untuk baring-baring. Apa lagi yang boleh dibuat, lepak di Starbuck sekejap dan selebihnya menghabiskan masa dengan perkara yang entah-entah. Walaupun badan keletihan dek perjalanan daripada Swansea ke London, namun mata tetap tak mahu terlena.


Di St. Pancras Int dan Montmartre Basilique du Sacre-Coeur


Sekitar kawasan Espace Dali

Dari St. Pancras, kita orang bertolak ke Paris dengan Eurostar. Perjalanan 2 jam 30 minit tak terasa langsung sebab masing-masing terbungkam dalam train. Dari St. Pancras pukul 5.20 pagi dan sampai di Gare du Nord pukul 8.30 pagi waktu Paris. So, first place yang kita orang visit sejurus sampai di Paris adalah Montmartre Basilique du Sacre-Coeur. Pukul 12.00 tengahari, kita orang check-in ETAP Hotel di Porte d'Orleans, mandi, sembahyang dah terus keluar ke Montparnasse Bienvenue. Dari sana, kita orang menapak ke Eiffel Tower. Hajat di hati nak naik Eiffel Tower.....tapi dengan jumlah pengunjung yang sebegitu banyak.....huhhh.....mustahil sama sekali melainkan datang awal-awal pagi. Nak menyelusuri La Seine pun tak dapat sebab kena beratur panjang untuk naik cruise. So, kita orang lepak-lepak sekitar Eiffel Tower dan kemudiannya bergerak ke Palais de Chaillot. Kat sini sempatlah menyaksikan street dance yang ternyata begitu mendapat sambutan. Akhirnya kita orang lepak di Palais de Chaillot sehinggalah senja datang bertandang sambil menyaksikan gemerlapan Eiffel Tower di waktu malam. Menguntungkan, malam itu bulan penuh mengambang dan eclipse terjadi. Wahhh.....menakjubkan malam di Paris yang begitu happening berbanding London mahupun Swansea.


Sekitar Eiffel Tower


Malam di Eiffel Tower sambil menyaksikan bulan penuh bertukar eclipse

bestnya tengok eiffel tower mlm2 <nak tengok eifell tower time masok suboh mesti cantik kot Sat 23-Aug-2008 07:11
Posted by:putrimlm@fotopages  - [Link]
Add comment


Monday, 28-Jul-2008 14:15 Email | Share | | Bookmark
Picnic & Mandi Laut

Ayam...tiramisu...banyak betul bekalnya
James...apa yang dimenungkan tu
 
View all 18 photos...
Tengah sakan bershopping beli barang untuk dishippingkan ke Malaysia, suddently ada call dari Jamal ajak bergi berkelah ke Brecon Bacon. On the way balik ke rumah singgah kat Exotica untuk beli junkfood coz fikir-fikir tak sempat nak sediakan juadah picnic nie, at that time too, Jamal call kata location for picnic bertukar ke Caswell sebab dia nak mandi laut. Hehehe.....mandi laut.

Sampai di Caswell dalam pukul 6.00 petang, makan-makan then apa lagi teruslah terjun ke dalam laut. Mujurlah air laut tak sejuk disebabkan sepanjang minggu panas terik. Barulah nie dinamakan summer. Kalau tak sejuk jer memanjang. Air laut tak lah sejuk but air bukit yang mengalir ke laut memang terasa sejuk sangat. Emmm.....tapi lepas naik mandi, wow.....barulah badan terasa mengigil-gigil kesejukan.


Makan dulu sebelum terjun laut


How wonderful the shine.....


Siapa yang mandi laut tu.....


wah seronoknya salam perkenalan Tue 29-Jul-2008 23:14
Posted by:putrimlm fotopages  - [Link]
Salam ziarah, Zainor... Camner boleh jumpa akak punya fp tu? Wah, layan air laut ya? Tak sejuk ke? Anyway, have a nice day... Wed 30-Jul-2008 05:05
Posted by:Syikin uk  - [Link]
hey there! ili told me bout ur FP. saja la usha2. hehehe. Wed 20-Aug-2008 11:21
Posted by:Zara~AB zara_7696@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 19-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
BBQ

 
 
 
View all 21 photos...
Baru beberapa minggu yang lepas warga Swansea berjamuan di rumah Kak Diah dan kali nie berkumpul lagi siap dengan bbq sempena meraikan kejayaan Kak Dr. Shafia memperolehi ijazah kedoktoran beliau. Sempena majlis konvokesyen Swansea University yang berlangsung minggu lepas, Kak Dr. Shafia dan suami turut hadir ke majlis tersebut. Of course lah kena hadir sebagai imbalan penat lelah selama 4 tahun bertungkus-lumus. Orang kata ada tiga perkara yang begitu mengujakan dalam hidup ini iaitu berkahwin, menimang cahaya mata dan memakai jubah konvokesyen apatah lagi jubah yang dipakai tu bertaraf tinggi. Alhamdulillah, perjuangan Kak Dr. Shafia di Swansea University dah pun selesai tapi perjalanan aku di sini entah bila akan berpenghujung. Kali nie, bbq diadakan di belakang rumah Eja. Kawasan garden dengan rumput menghijau tu jadi tempat pertemuan kami semua. Semoga ukhwah seperti nie terus berkekalan sampai bila-bila walaupun kat Malaysia nanti.


Kak Dr. Shafia


Waiting for sate and meat.....bila nak masak nie.....lapar-lapar


Wajah-wajah yang rakus menjamah.....adakah mereka kelaparan.....wow cover sikit




Pasangan paling romantik dan paling bahagia 2008.....5 stars


bestnya bbQ Thu 21-Aug-2008 14:50
Posted by:putrimlm@fotopages  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.