|
|
| Friday, 18-Jul-2008 18:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mumbles Pier
|
|
Sebenarnya memang langsung tiada dalam plan untuk berjalan ke Mumbles Pier kerana aktiviti paling utama hari tu adalah bershopping di Next. Adakah kerja giler bangun seawal 4.00 pagi untuk ke Next? Nampaknya kitaorang dah seperti Welsh yang sanggup bangun seawal pagi hanya untuk menghabiskan duit dengan barangan berjenama Next. Balik dari Next kitaorang singgah di carboot. Sebenarnya tiada apa yang hendak dicari di sana tapi entah macam mana ada rezeki dengan kristal kapal layar Sir Winston Churchill. Just 3 pound and its time to grabbed the valuable thing. Selepas tu, muncullah idea tak relevant to breakfast with roti canai dan teh tarik. What do you think about roti canai in Swansea? Hahaha.....ofcourse lah tu hanya angan-angan melainkan sendiri yang buat dan masak. Then, we went to Mumbles and had site with hot chocolates, breads and anion rings. Marvelous.....massuq jer.
English breakfast.....wallaweee
Apakah nie?.....ape-ape ajer.....
See over there.....Mumbles Lighthouse
Cuaca baik punya.....
Patrick yang mati lemas di lautan Swansea.....mati kesejukan barangkali
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-Jul-2008 09:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jamuan Di Rumah Kak Diah
|
|
Lama rasanya tak buat jamuan makan sesama warga Swansea. Kali terakhir beberapa minggu selepas raya haji. Itu pun aku tak menghadirkan diri. Al-maklumlah sibuk memanjang dengan research project plus modules plus exam lagi. Dan akhirnya we all decided buat jamuan makan kat rumah Kak Diah. Aku dengan Nuni sediakan ayam bbq, Abang Razak buat pulut kuning, Kak Fizzah buat sup kambing dan Kak Izian buat puding. Huhhh...kenyang.
Meriah tu terasa jugalah walaupun sebenarnya ramai warga Swansea yang dah balik ke Malaysia sempene summer holiday nie termasuklah Anas, Nu'man, Family Abang Min dan juga Family Abang Ramlee. Abang Shah kali nie datang bawa baby Swansea, Amir Hakim yang genap berusia 2 bulan. Abang Kasran pun datang bawa family dia yang baru datang dari Malaysia manakala Jamal datang dengan isterinya. Pengantin baru tu.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 29-Jun-2008 23:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tenby Pembrokshire
|
|
Ini cerita pasal percutian sehari aku ke Tenby. Kali nie aku ke Tenby bawa tetamu yang datang dari Birmingham dan Manchester. Sebenarnya diaorang ada seminar di University of Wales Lampeter then dah alang-alang sampai ke Swansea, kena lah stay sini dua tiga hari. Kalau tak rugilah datang dari jauh tapi tak menikmati apa-apa. Sabtu tu diaorang ke Lampeter dan Ahadnya ke Tenby. Saja aku bawa diaorang menikmati keindahan Wales di Tenby. Sampai saja di Tenby, memang hati jadi tenang jer, semua benda kat Swansea aku lupakan. Tenby memang tempat pelancongan dan sebab tu lah harga tiket train ke Tenby memang sangat-sangat lah mahal apatah lagi time summer. So, kalau ada kereta, better drive jer, dari Swansea plus minus 1 hour. Tenby bukan sahaja cantik dengan pantai dan laut tetapi kaya dengan peninggalan sejarah. Antaranya Great Wedlock Dinasour, Chapel Freshwater, Pembrokeshire Castle dan Five Arches Gate. Aku malaslah nak cerita bab sejarah Tenby nie dan kalau korang wonder nak tahu, bolehlah buka Wikipedia jer. Tapi satu fakta tentang Tenby yang aku tahu adalah tentang istilah "equal' dan simbolnya yang diperkenalkan oleh Eliziblte The Scholar di sini. Sehari di Tenby memang tak cukup sebabnya dengan hanya memerhatikan laut dan pantainya saja, kita akan terleka hinggalah ke petang.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 28-Jun-2008 23:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Croeso i Mumbles
|
|
Croeso i Mumbles, cyfle i ddianc i rywle...hehehe...tu jer yang boleh aku cakap dalam bahasa Wales untuk mengalu-alukan kedatangan tetamu aku yang dari Birmingham dan Manchester tu. Sebab masa yang tidak mengizinkan, aku cuma bawa ke Mumbles jalan-jalan di Oystermouth beach, Limeslade Bay, Langland Bay dan kemudian ke Caswell Bay tengok orang-orang surfing. Selebihnya lepak di Mumbles sambil pekena aiskrim dan coffea. Santai kan makan aiskrim di tepi pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan cahaya matahari memancar terik. Wahh...itulah yang aku suka tentang Swansea nie, jatuh hati setelah kaki melangkah ke sini. Kalau ikutkan, aku nak bawa diaorang pergi explore seluruh Gower terutamanya ke Three Cliffs yang cantik tu. Apakan daya tak sempat, nie petandanya lain kali diaorang kena datang lagi ke Swansea. Kat Swansea nie kalau nak bawa jalan-jalan pergi tengok castle memanglah tak adalah sangat. Cuma Oystermouth Castle jer yang tinggal, itupun hanyalah cebisan saki-baki bangunan sahaja. Tapi sebab diaorang nak pergi tengok juga, aku pun dengan rasa berat hati bawa jerlah. Dari castle nie boleh lihat pemandangan keseluruhan Mumbles dan juga bandar Swansea.
Swansea Bay jer tak ada dalam nie
Yang indah-indah tentang Swansea
Mumbles dari menara castle
Castle yang tinggal.....masih boleh diamati
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 24-Jun-2008 10:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Fulteney To Oldmill
|
|
Masih lagi berkisar tentang perjalanan aku ke Kota Bath tapi kali ini gambar-gambar di Fulteney Bridge, pemandangan di sepanjang River Avon sehinggalah ke Oldmill Bridge. Fulteney Bridge nie tidaklah menarik sangat, pada aku biasa jer macam another old style bridges around England, cuma fungsi binaan tersebut yang bukan sahaja sebagai jambatan tetapi juga kedai yang dibina dikiri dan kanan. Kecantikan Fulteney Bridge sebenarnya diserlahkan oleh jatuah aliran air di River Avon yang memang menjadi tumpuan pelancong. Paling tidak, sesiapa pun akan berhenti seketika di Guidhall untuk memerhatikan Fulteney Bridge dan jatuhan air tersebut dari jauh. Sambil-sambil memerhatikan Fulteney Bridge yang tak putus-putus dikunjungi pelawat, kat sini jugalah aku and the gang makan tengahari. Picnic di Parade Garden dengan bekal nasi lemak dan mee goreng. Kemudian nyelusuri sepanjang River Avon dari Fulteney Bridge ke Oldmill Bridge. Banyak juga yang boleh dilihat dan kalau beruntung, bolehlah melihat hidupan air dan burung-burung yang menghuni sepanjang River Avon.
Aku bergambar di Oldmill Bridge....
Gambar-gambar pemandangan di Fulteney Bridge
Sepanjang River Avon
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 22-Jun-2008 18:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bath & Roman-Georgian Architecture
|
|
"From necromancer to swineherd, leper to king...the historical and mythical founder of Bath...as you've never seen him before". Bagi yang pernah belajar sejarah Rome, tentu tahu dengan ungkapan ini yang berkait rapat dengan King Bladud dan haiwan peliharaannya. Tapi bagi yang tak tahu...King Bladud adalah pengasas Bath dan haiwan yang dimaksudkan adalah 'babi'. So, tak perlu hairanlah kalau diseluruh kota Bath, replika haiwan ini ada dimana-mana. Perjalanan aku ke Bath pada 21 Jun 2008 yang lalu telah melengkapkan diari pengembaraan aku ke seluruh kota Georgian di dunia. Syukurlah dapat tiket murah ke Bath walaupun pada hari tersebut cuaca kurang baik. Perjalanan ini tidak dirancang sebenarnya menyebabkan sedikit kelam kabut. Hampir tersesat arah kerana terlupa train station mana yang harus ditujui selepas Newport. Akhirnya setelah hampir 2 jam setengah...sampai juga aku di Bath Spa.
Sejarah Bath terlalu panjang untuk dihuraikan. Tetapi yang paling menarik disini adalah senibina Roman dan Georgian yang masih utuh sehingga ke hari ini walaupun ada sebahagian daripadanya sudah dibina sejak abad ke-5 lagi. Bath adalah destinasi yang sudah lama berada dalam fikiran aku sejak menjejakkan kaki ke bumi UK, cuma sebelum ini masa tidak mengizinkan. Alhamdulillah, berkesempatan juga aku menjenggah senibina Georgian di sini. Sebagai peminat gaya Georgian, sayangnya kota ini seolah-oleh tenggelam dengan kehalusan seni arkitektur Roman yang diakui lebih 'ancient'.
Kalau menjejakkan kaki ke Bath, sekurang-kurangnya 5 tempat ini perlu dilawati iaitu Bath Abbey, The Roman Baths, Pump House, Pultaney Bridge, The Circus dan Royal Crescent. Lebih rugi lagi kalau tak masuk ke dalam The Roman Baths yang terkenal sebagai one of the world's great historical places. The Roman bathing establishment with its magnificient Temple and Baths flourished in Aquae Sulis between first and fifth centuries and its was built around the natural hot spring. Tak tahu lah bagaimana nak mengambarkan suasana di dalam kawasan The Roman Baths yang cantik bukan sahaja kerana sejarah dan senibinanya tetapi juga dengan suasana zaman lampau yang seolah-olah masih wujud lagi apatah lagi dikala senjanya.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 20-Jun-2008 16:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Pengantin Baru Eja & James
|
|
Selamat Pengantin Baru kepada Masliza Ali dan Kyrone James Killick. Semoga membina keluarga sakinah ma waddah serta dikurniakan anak-anak yang soleh. Alhamdulillah, aku sempat menghadiri wedding reception diaorang yang telah di adakan di Sketty Hall Swansea walaupun petang tu aku cam tergesa-gesa pergi kerana baru balik dari makmal. Sempat juga beramah mesra dengan keluarga Eja di majlis tersebut.
Sketty Hall yang masyhur dengan beribu-ribu majlis perkahwinan sebelumnya
|
|
|
|
|
|
| Monday, 16-Jun-2008 11:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Swasea Transport Festival
|
|
Nie pasal Swansea Transport Festival yang diadakan di hadapan Swansea Bay. Aku bukannya peminat kereta pun tapi memandangkan cuaca amatlah baik untuk keluar bersantai. So, pergilah ke pameran transport yang pelbagai dari kereta, bas, basikal sampailah ke lori. Boleh kata pameran kenderaan antik lah juga. Disediakan juga perkhidmatan bus percuma ke Mumbles...percuma tuu.
Pelbagai bentuk dan warna bus....layan
Mana satu yang berkenan.....aku satu pun tak minat yang ini-ini
Antara banyak-banyak kereta yang dipamerkan di situ. Kereta warna kuning dengan 3 tayar nie jadi tumpuan aku. Nie first time lah aku tengok kewujudan kereta macam nie, selalu tengok dalam citer Mr. Bean. Sayangnya time aku pergi pameran nie waktu petang, so kebanyakkan pemilik kenderaan nie dah pun nak balik. Kalau pergi pagi mesti lagi meriah rasanya. Another one yang menjadi tumpuan juga adalah lorry penunda warna coklat. Bentuk memang klasik sungguh.
Kereta musuh si Mr Bean....heheheh
Towing entah zaman mana tah...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 15-Jun-2008 21:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Istiadat Peringatan Veteran Perang Welsh
|
|
Hari memperingati jasa pahlawan perang Welsh sama ada yang telah terkorban atau masih hidup telah diadakan di Cardiff, ibu kota Wales. So yang terlibat dalam istiadat perbarisan tu kebanyakkannya yang telah berpangkat datuk-datuk lah atau mungkin moyang. Namun diaorang masih gagah lagi berjalan dan berkawat. Turut sama sebahagian generasi muda Welsh hari ini.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 14-Jun-2008 10:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Melencong Ke Cardiff Castle
|
|
Asalnya aku ke Cardiff University menghadiri seminar di sana. Tapi aku hanya dapat mengattendkan diri selama separuh hari sahaja kerana terasa jenuh sesangat. Kepala otak aku tak dapat nak terima input-input yang penuh dengan formula-formula matematik manakala perut aku berkeroncong minta diisi memandangkan sejak dari pagi aku tak makan apa-apa lagi. Jadinya, petang tu, aku pun memblahkan diri berjalan-jalan di Cardiff Town sambil singgah makan di chicken cottage and after that ke Cardiff Castle. Cantik rupanya castle nie yang dibina dengan gaya Roman. Untuk masuk ke dalam castle apartment, dikenakan bayaran 7.50pounds bagi student....mahal nyer.
Inilah Gorthwr Normanaidd atau dalam bahasa inggerisnya disebut Norman Keep
Sebahagian internal design yang terdapat dalam apartment castle, Y Ty. Dalam apartment nie tak dibenarkan untuk ambil gambar. So, terpaksalah snap dari browse sahaja.
Cardiff Bay...emmm...nampaknya lebih cantik berbanding Swansea Bay
|
|
|
|