|
|
| Friday, 13-Jun-2008 21:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan-Jalan Swansea Marine
|
|
Boring betul rasanya hari nie. Petang tadi pergi Marine lepas makan kat BFC. Angin masih lagi sejuk kat sini, tapi rasa nyaman jer. Kat Marine nie apalagi yang boleh ditengok melainkan kapal-kapal yang tengah duk melabuh.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 7-Jun-2008 21:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Swansea Food Bazaar
|
|
Asalnya hari nie nak pergi Cardiff. Tapi tak jadi pulak disebabkan aku bangun lambat dek ralit sepanjang malam berchatting. So, supaya tak mengecilkan hati yang beria-ia sangat nak berhibur dan berlibur...aku pun decide pergi city center. Ada hajat juga sebenarnya nak beli seluar hitam burton untuk sesi seminar rockfield hari isnin nie. On the way to town, I got call from Shoun asked me to to join them at Swansea food bazaar. Sampai je di Quadrant, teruslah menapak ke Castle Square. Wahhh...happening betul dengan gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan yang bukan berasal dari Wales. Paling mengiurkan adalah buah-buah cherry yang merah menyala serta Turkish delicatessen...emmm epal merah yang bersalut manisan memang menarik perhatian aku untuk mencubanya. Ada juga makanan yang pelik seperti boar sossage...yeeeyeak. Sambil makan-makan, berhibur juga dengan muzik jalanan yang entah berasal dari mana.
Macam-macam ada....
Muzik jalanan....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 21-May-2008 22:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Spring Concert of Wales
|
|
Aku dan Farhan berkesempatan menyaksikan Spring Concert yang telah berlangsung di Royal Institution of Wales. Indah dan romantiknya dapat menghayati alunan classical music karya hebat composers ternama seperti Carl Philip, Johann Sebantian, Mozart, Ludwig Van Beethoven, Camille, Thomas Arne, Henry Purcell, Ludovico Einaudi serta beberapa orang lagi yang aku tak ingat nama diaorang. Fantastic...malam ini memang begitu romantik bila gabungan treble, piano, aboe dan violin bersatu dalam lagu-lagu seperti Sonata, Agnus dei, Tritsch-tratsch polka, Where the bee sucks, Giorni dispari, Gutter mond, Concerto dan yang paling istimewa La ci darem la mano yang dipetik dari karya Wolfgang Amadeus Mozart.
Invitation for Spring Concert
Siapakah pasangan yang romantik itu.....?
Outside of Royal Institution of Wales after the concert
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 8-May-2008 16:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Satu Petang Swansea Bay
|
|
Boring betul petang tu.....otak pulak tak boleh masuk.....tepu setepunya. So, pergi lah keluar makan kat BFC then terus ke Swansea Bay. Dari Swansea Bay jalan sepanjang pantai sehingga ke Marina Walk. Cuaca pulak bagus dan udara memang nyaman. Indahnya hidup di tepi pantai kan? Tapi kalau takut dilanda badai.....janganlah berumah di tepi pantai.....duduk kat hotel tak apa.
Huhhh....best nyer kalau dapat main parachute
Pantai and ombak..... Swansea and bay.....it's same
Huhuhu.....aksi berani.....kalau jatuh sapa nak selamatkan
Marine walk dan rumah-rumah mewah
|
|
|
|
|
|
| Friday, 4-Apr-2008 10:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
April Snow In Brynmill
|
|
Lepas sembahyang subuh.....macam biasalah kena muhasabah diri dulu. Lepas kemas-kemas bilik, selak langsir then ternampak snow turun. Wahhh.....akhirnya april snow turun juga di Brynmill nie. Walaupun tak lebat, janji bayang snow tu ada. Dapat jugalah merasa snow. Hehehe.....
See....snow turun
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 22-Mar-2008 01:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Snowdonia 24 Kerja Giler
|
|
Sehingga saat ini menulis, aku masih masih lagi di library.....menyiapkan beban kerja yang menompok serta dengan sedikit upaya mempersiapkan diri untuk sesi viva yang bakal berlangsung 21 April ini. Selain sibuk menyiapkan kertas pembentangan, aku juga sibuk dengan persiapan seminar finite element. Dalam sedar atau tidak.....dah masuk minggu ketiga aku bercuti namun semua cuti tersebut masih terbeban dengan banyak kerja. Sedih juga bila memikirkan cuti yang pengisiannya hanya tertumpu di universiti apatah lagi kebanyakan kekawan masing-masing ada perancangan ke sana ke sinu. Tapi apakan daya bila memikirkan ada jihad yang perlu diutamakan.
Nampaknya kesibukan ini tak berupaya menghalang aku untuk mencari sedikit ruang berlibur. Melepaskan seketika kekusutan yang membelit dengan menyaksikan wisata keindahan alam ciptaan Tuhan. Maha Suci Tuhan yang menciptakan semua ini dengan sebaik-baik kejadian. Pada mulanya aku sendiri tiada idea kemana sebenarnya untuk ditujui bila Azreai mengajak aku menyertai kelompak bujangan menghabiskan hari sabtu dengan merayau-rayau disepanjang bumi Wales. Aku sendiri belum pernah membuat kerja segila ini....menghabiskan 24 jam dengan perjalanan beratus-ratus kilometer menyelusuri Cenarth Falls, Cardigan, Fishguard, Aberaeron, Aberystwyth dan akhir sekali Snowdonia.
Walaupun kepenatan meresap ke merata urat sendi.....namun perjalanan 24 jam sangat berbaloi. Mungkin ini kerja gila pertama aku....tapi sekurang-kurangnya kepenatan dek sebuah rentasan ini membuat aku lena tidur malam sebelum memikirkan esok untuk apa lagi.
Cenarth Fall.....aliran airnya begitu mengasyikkan
Fishguard....berhenti lunch di sini
Aberystwyth town....only few meter from beach
Sunshine at Aberystwyth
Aberystwyth University.....
Malam di Snowdonia
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 22-Jan-2008 20:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Malaysian Night
|
|
Alhamdulillah, sempat menghadirkan diri ke Malam Malaysia @ Malaysian Night yang telah diadakan di Taliesin Art Center. Tiket berharga 5 pounds. Dengan tema melancong ke Malaysia, malam itu para tetamu dihiburkan dengan kebudayaan setiap negeri di Malaysia. Congratulation to all participates yang telah menjayakan majlis tersebut.
Our Vice-Chancellor.....
Lets start the journey
Talented tukang karut yang dijayakan oleh Farhan
Aku, Hanuni, Fazila and Farina.....we are audiences
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Dec-2007 17:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Surrey
|
|
Haaa.....nie gambar aku pergi ke Surrey dengan Nida untuk menjenguk my friend, siapa lagi kalau bukan Anas yang study kat sana. Perjalanan dari Swansea ke Paddington secara berseorangan and for the next journey from Waterloo to Surrey dengan Nida. Ahhh.....very tired. Sampai di Guildford, kitaorang dijemput oleh Anas then terus pergi asrama dia. Emmm.....kat Surrey University nie, asrama lelaki pisah dengan asrama perempuan tak macam kat Handdrofolen. 3 hari kat Surrey, sempatlah jalan-jalan sekitar Guildford Town. Walaupun time nie tengah winter, tapi kat Surrey tak lah sesejuk kat Swansea. Aku relax jer dengan baju sehelai kat badan....hehehe. Lepas tu pula, matahari memancar-mancar macam time spring jer. Kat bilik Anas pun tak pasang heater tapi keadaan tetap panas jer aku rasa. Bagi diaorang pulak, rasa sejuk. Entahlah macam mana kalau diaorang nie datang ke Swansea nanti.
Nida, aku dan Anas yang hanya nampak sepersepuluh....sorry lah
Nie baru betul aku ngan Anas
Pemandangan Guilford Town
Istana yang masih tinggal
Nak balik Swansea.....tapi sempat lagi posing kat Herry Potter punya platform tu
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 26-Dec-2007 20:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kak Tuan & Abg Azizi In Swansea
|
|
Tiba-tiba dikejutkan dengan panggilan misteri yang kemudian dengan tepatnya dapat diteka siapakah gerangan pemanggil. Kak Tuan dan keluarga yang dalam perjalanan ke Swansea sebenarnya telah bermalam di rumah Kak Izian. Kak Tuan dan Kak Izian adalah kawan sekelas masa study master di UTM suatu masa dulu and now, Kak Tuan dan Abg Azizi, both of them doing phd in Sheffield University. Jumpa Kak Tuan dan Abg Azizi di Swansea Bay kemudian bawa diorang ke Swansea University.
Kita orang kat Swansea Bay
Me and abg Azizi....someone who are really respected.....good luck for your phd
Kitaorang kat Swansea University.....berlatarbelakangkan Fulton House
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 22-Dec-2007 18:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Qurban di Highmead University
|
|
Majlis qurban telah diadakan di Lampeter atau lebih tepat lagi di Highmead University. Kita orang bujang-bujang, aku, Anas, Aizuddin, Farhan dan Azraie datang sehari lebih awal untuk membantu proses pengorbanan kambing biri-biri. So, at the night, kita orang menumpang tidor di rumah Ustaz Halim yang terletak betul-betul di tengah Pekan Lampeter. Awal-awal pagi selepas sarapan, kita orang terus ke Highmead University untuk proses penyembelihan dan melapah. Kiranya nie adalah my first experiences menyertai majlis quran sebegini. Well.....walaupun terpaksa berbusuk-busuk sedikit.....tu tak apa lah.....yang penting urusan qurban dapat diselesaikan sebelum matahari tengelam. Maklumlah di musim winter ini, matahari cepat terbenam.
Esoknya pula, di adakan majlis sambutan hari raya aidiladha di tempat yang sama. Siap ada kambing golek tu.....yum-yum.
University of Wales Lampeter.....depan rumah Ustaz Halim jer
Yum-yum.....kambing golek.....
Sebahagian rahmat Tuhan di Rouddeland
|
|
|
|