Want your
own Fotopage?








 
Eridzhuan's FotoPage
Swansea
By: Eridzhuan Zhaieno

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 18-Dec-2007 12:10 Email | Share | | Bookmark
Raya Haji 2007

 
 
 
View all 8 photos...
Salam Aidil adha buat keluarga dan kekawan semua. Maaf zahir dan batin atas kesalahan dan kekhilafan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Warga Swansea meraikan hari raya haji di rumah Kak Izian selepas solat raya. Paginya waktu pergi solat raya di masjid university, Singleton Park mengalami frost. Lepas solat raya, terus ke rumah Kak Izian meraikan hari raya bersama warga Swansea di sini.




Care to comment?


Saturday, 8-Dec-2007 14:10 Email | Share | | Bookmark
Singleton Park Banjir

 
 
 
View all 9 photos...
Singleton Park nie adalah laluan utama aku ke universiti daripada rumah aku yang terletak di Brynmill. Hari tu hujan turun dengan lebatnya menyebabkan kawasan part nie dilingkungi air. Hari tu juga aku sebenarnya dalam perjalanan ke library selepas waktu hujan, bila dah jadi macam nie terpaksalah aku ikut jalan lain yang dua kali ganda jaraknya untuk sampai ke universiti.




Care to comment?


Sunday, 25-Nov-2007 04:00 Email | Share | | Bookmark
MSD London & Sekitarnya

 
 
 
View all 15 photos...
Walaupun memang tengah sibuk bebenor nie.....sempat juga curi-curi masa ikut Azraie dan Anas pergi London untuk ambik barang di MSD. Alang-alang dah sampai MSD, apalagi kena merasa masakan ala Malaysia di restaurant melayu tu. Sedap memang sedap tapi mahal nak mampuih. Lepas tu, kita orang pun pergi jalan-jalan sampai tersesat entah ke mana tah. Huhhhh...






Care to comment?


Sunday, 14-Oct-2007 17:25 Email | Share | | Bookmark
Bertandang Ke Lampeter

 
 
 
View all 18 photos...
Sempena rumah terbuka hari raya aidilfitri di Lampater, kami warga Swansea telah berkunjung ke sana. Jamuan hari raya dibuat di Sport Hall, University of Wales Lampeter.




Swansea-Lampeter...semoga ikatan ukhwah seperti ini akan terus kekal terjalin.

Care to comment?


Saturday, 13-Oct-2007 16:40 Email | Share | | Bookmark
Aidilfitri 2007

 
 
 
View all 32 photos...
Kami warga Swansea menyambut lebaran pada hari sabtu di rumah aku, 14 Brynmill Avenue. Budak-budak bujang sediakan sate manakala setiap keluarga menyediakan satu juadah. Alhamdulillah, pertemuan lebaran di perantau sekurang-kurangnya menghilangkan perasaan sedih menyambut lebaran tanpa keluarga tersayang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.








Care to comment?


Sunday, 7-Oct-2007 23:13 Email | Share | | Bookmark
Buka Puasa Di Rumah Kak Zu

 
 
 
View all 16 photos...
Alhamdulillah.....bulan-bulan puasa nie, rezeki datang mencurah-curah especially time berbuka. Kalau tak berbuka di masjid univ, adalah tempat-tempat lain. Beberapa hari lepas berbuka kat rumah Abang Ramlee dan kali nie rumah Kak Zu pulak. Semoga rezeki diaorang nie semakin bertambah-tambah jugalah.....amiin.


Kerabat lelaki


Kerabat perempuan.....Kak Zu!!! tengah gosip apa tu.....bawa-bawalah bulan posa nie


Gambar masa berbuka di rumah Abg Ramlee.....sekeping nie jer yang aku ambik

Care to comment?


Sunday, 7-Oct-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
Autumn In My Heart

 
 
 
View all 18 photos...
Autumn In My Heart mengingatkan aku tentang cerita Korean yang pernah aku tonton suatu masa dulu. Best citer tu.....kisah percintaan sepasang kekasih yang pernah menjadi adik-beradik sewaktu kecil. But this one is unbelievable autumn.....gloomy and joylessness. Bunga pun tak ada yang cantik-cantik dan seperti biasalah dedaunan dah start berguguran. Namapun fall session kan.


Nak bersajak dulu...bunga-bunga berguguran tapi ini adalah dedaunan...hehehe


Dah start kemerah-merahan and then akan gugurlah ke bumi


Jap ehhh...betul ke bunga nie hidup di musim gugur...kureng percaya sikit

Care to comment?


Sunday, 11-Mar-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Swansea University

 
 
 
View all 15 photos...
Inilah sebahagian pemandangan di Swansea University, tempat di mana aku mendalami ilmu finite element. Chewahh.....nak juga promote keglamouran finite element di sini. Kalau nak tahu, ilmu finite element dikembangkan di Swansea University dan software pertama finite element pun dihasilkan di sini.

Swansea University nie nak kira cantik tak lah cantik mana pun. Boleh sedang-sedang lah cuma yang istimewanya Swansea University terletak berhampiran dengan pantai dan dikelilingi Singleton Part.


Singleton Abbey or Abbey Building.....bangunan paling tua, paling berusia di Swansea University


Nothing special about Swansea University scenery except seaward and the bay


This is our library...tempat dimana tersimpannya manuskrip asal finite element sejak dari zaman Lewis lagi hingga sekarang


Anas, aku, Jamal and Aizuddin.....pose for Salam Lebaran Berita Harian......

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.